Tentang saya

Komik adalah merupakan "master piece" yang saya minati sejak dari kecil lagi. Saya mula melukis sejak dari tadika dengan bermodalkan pensel dan dinding rumah sahaja... hehe... Selepas memasuki alam persekolahan saya belajar melukis melalui medium komik dan anime. Antara komik yang menjadi inspirasi adalah seperti Dragon Ball, Sailormoon dan Detective Conan... Kemudian majalah komik seperti Gempak dan Kreko. Bermula dengan buku - buku latihan atau apa - apa sahaja bahan yang boleh diconteng menjadi pencetus idea untuk berkarya dan meluahkan ekspresi melalui watak komik yang diminati.

Dengan adanya bakat untuk melukis sebuah komik yang dahulunya hanya di atas kertas A4 sahaja dan kini ingin saya kongsikan bersama rakan - rakan seblog yang lain agar ianya dapat dikembangkan dan diperhalusi lagi. 

Saya berharap karya yang di terbitkan dalam blog ini tidak mengandungi unsur - unsur yang boleh menyinggungkan perasaan mana - mana pihak. Selamat membaca :)



Total Pageviews