Monday, June 17, 2013

Dayung Sangon-Timungun (Ratu Cantik)

Dayung bermaksud Gadis, Sangon pula bermaksud cantik dalam bahasa Bidayuh. Aku dapat idea melukis cerita ini apabila melihat lelaki yang cantik (kebanyakan lelaki korea macam itula). Tapi aku masukkan elemen Bidayuh seperti rekaan baju dan rumah Baruk. Walaupun lukisan nampak cincai (ini adalah draf jer), harap mesejnya sampai. Tanpa aku sedari, aku telah melukis berjela-jela! Itula masalahnya bila melukis ikut sedap tangan jer.




















-Tamat-
Harap anda enjoy dan ceria-ceria selalu!!! 









Friday, June 14, 2013

Girls' Generation Fan!

Oleh sebab saya sangat minat kat Girls' Generation/ SNSD/ SOSHI, saya pun try melukis setiap membernya. Rupa-rupanya saya memang fail melukis potrait, in the end ia menjadi muka anime pula. Anywhere, ia comel juga, betul tak?


Saya memang suka melukis sejak dulu hingga kini...

Wednesday, June 5, 2013

Soldier

Karya aku datang kembali! Cerita ni aku dapat idea setelah menonton anime. Dah aku tak puas hati dengan endingnya, lalulah aku cipta jalan cerita sendiri, muahahaha! Seronoknya menggoreng cerita sendiri. Komik ni aku lukis pakai pensel jer, sebab malas nak inking (alasan jer, sebenarnya belum beli pen lukisan lagi). Aku biasanya melukis pada tengah malam, sebab pada masa tersebut idea paling banyak. Silalah enjoy cerita ini


Tamat....aku nak sambung tapi tangan dah tak larat melukis. Terima kasih kerana sudi membaca.

Total Pageviews