Sunday, July 28, 2013

Kerana Permintaan...

I'm back! Cerita ni sekejap jer saya lukis. Gara-gara cuaca panas yang melanda Malaysia sekarang menyebabkan saya mendapat idea untuk melukis cerita ini. Saya tak suka hari panas, rimas dan tak selesa! Sebenarnya idea datang apabila terdengar mak saya mengeluh kepanasan kerana dia nak pergi kebun. Paling lucu bila mak saya cakap, 'Kalo Tuhan dah penat memelihara manusia kat dunia ni, biarlah langit runtuh!' Cun keesokan harinya ribut beserta hujan lebat melanda sehari-harian. Time itulah angin paling teruk melanda tempat saya, sampai pokok-pokok tumbang dan ada kejadian orang meninggal dunia sebab kemalangan jalan raya.







Kesimpulannya, becareful what you wish for. Saya pun selalu wish hari hujan kalau terlalu panas, hehehe. Terima kasih kerana sudi membaca

Thursday, July 18, 2013

Misteri Rumah Seberang Sungai

Lama saya pikir nak letak tajuk apa untuk komik kali ni... Macam tak berapa menarik pulak. Well, dah berjaya menyiapkan sebuah artwork lagi! Seronoknya! Cerita ni ada kesinambungannya, cuma belum dapat dilukis lagi. Semua saya simpan dalam bentuk draf a.k.a lukisan cincai. Cerita ni mengisahkan tentang empat adik-beradik, Reiando (Rei)- 21 tahun, Celine- 19 tahun, Miaranda (Mia)- 17 tahun dan Rupard (Ryu)- 16 tahun yang berkawan dengan angel bernama Vanness. Misi mereka ialah menghapuskan makhluk aneh di kampung mereka. Selamat membaca.










 Thank you kerana sudi membaca. Bolehla saya cari idea lain lagi....



Total Pageviews